Thursday 28 March 2013

Sukarnya jadi Ibu Tunggal

Assalammualaikum wbt....

Kali ni aku nak sentuh tentang pemprosesan kehidupan aku selepas hampir 2 tahun menjadi ibu tinggal tunggal.Bukan senang sebenarnya bergelar ibu tunggal nih,dugaan,cabaran kadang-kadang terlalu berat untuk ditempuhi.Juga bukan sesuatu yang senang untuk aku menjaga anak sendirian,tiada tempat bergantung..tapi,aku beruntung kerana aku ada pekerjaan ..sekurangnya aku mampu menampung kehidupan aku dan anak.


Permulaan kehidupan selepas bercerai amat memeritkan,amat-amat menyeksakan..berbagai benda harus difikir,disusun semula..lebih-lebih lagi bila berkaitan pendapatan kewangan,maklumlah..kehidupan di bandar,amat memerlukan aku untuk berusaha lebih kuat lagi.Tapi sekurangnya anakku hanya seorang..terfikir jugak aku,bagaimana agaknya ibu-ibu tunggal yang lain..yang mempunyai anak -anak yang ramai.Sudah tentu mereka harus bersusah payah menyediakan segalanya buat anak-anak yang belum mengerti apa-apa.



Bukan sesuatu yang mudah bila memegang status ibu tunggal ni.Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan segelintir manusia yang sukar memahami keadaan kita.Sukar untuk mengerti bahawa mereka juga perempuan seperti kita,cuma yang membezakan kami adalah status sahaja.Status yang amat digeruni oleh semua wanita khususnya.



Malah bukan sesuatu yang best pon bila kita selalu disalah ertikan oleh manusia-manusia yang kurang pemahaman tentang ibu tunggal ni.Kadang-kadang aku terfikir juga,kenapa perlu menghina,kenapa harus memandang serong pada kami,kenapa?kenapa?..adakah dengan memegang status ini menjadi satu kesalahan besar.Kenapa tidak mereka berfikir bahawa,ini semua qada dan qadar dari Allah.Bukan kita memintanya..



Tahukah mereka bahawa dunia ini berputar..tak selamanya kita sentiasa diatas dan tak akan selamanya kita melanggok di bawah.Kala diatas,kita bersenang lenang,bergelak tawa,berbahagia tapi ingatlah,kita pasti akan merasa duka nestapa,sengsara...cuma masanya lagi belum tiba.Pandangan serong wanita lain kearah ibu tunggal ni amat menyeksakan,seolah-olah kita nih bakal menghancurkan kehidupannya yang bahagia itu.Ya ALLAH,jauhkanlah.



Aku amat bersyukur kerana kehidupan aku banyak dipengaruhi oleh keluarga aku.Mereka adalah peniup semangat aku,malah penyumbang besar dalam tabung kewangan aku setiap bulan.Mungkin atas dasar kasihan melihat aku terkontang kanting,terkedek-kedek mencari rezeki untuk sesuap nasi,itu yang wujudnya tabung penyelamat tu..hihihi..


Dengan berpegang pada prinsip "tak kisah apa orang kata",aku tetap teruskan kehidupan seperti biasa.Allah sentiasa bersama aku..itu yang aku pegang dan aku amat yakin dengan-NYA.DIA telah mengatur yang terbaik untuk aku,apa perlunya untuk aku pertikaikan.Cuma yang selalu menjadi persoalannya sekarang ni,sudah ramai yang mula bertanya tentang pasangan baru,aduhhh..soalan yang paling aku suka tak suka.



Macam biasa namanya pun manusia..memang suka bertanya kan,so...jawablah dengan tenang..."akan kawen minggu depan"..kahkahkah..harus menyingga diaorang nanti.Itulah satu soalan yang memang buat aku tensen sampai sekarang,sampai kadang tiba satu tahap rasa nak pergi kat telinga diorang sambil menjerit "sukati aku ler,nak kawen ke tak"...tapi aku dah diajar supaya tak bersikap begitu.so,banyakkan bersabar.Itulah dugaan yang Allah dah beri.



Aku percaya,Aku adalah insan yang telah dipilih oleh Allah untuk melalui semua dugaan ini.Ini kerana aku seorang yang kuat,tabah dan kental.Tak semua orang mempunyai kekuatan seperti kami,ibu tunggal...Semoga aku akan terus diberi kekuatan oleh-NYA untuk menempuh hari-hari yang aku tak pasti bagaimana laluannya.Hanya ditemani keluarga,teman-teman dan anak..aku pasti aku mampu.IN SHAA ALLAH.AAMIIN...



No comments:

Post a Comment