Thursday 28 March 2013

Sukarnya jadi Ibu Tunggal

Assalammualaikum wbt....

Kali ni aku nak sentuh tentang pemprosesan kehidupan aku selepas hampir 2 tahun menjadi ibu tinggal tunggal.Bukan senang sebenarnya bergelar ibu tunggal nih,dugaan,cabaran kadang-kadang terlalu berat untuk ditempuhi.Juga bukan sesuatu yang senang untuk aku menjaga anak sendirian,tiada tempat bergantung..tapi,aku beruntung kerana aku ada pekerjaan ..sekurangnya aku mampu menampung kehidupan aku dan anak.


Permulaan kehidupan selepas bercerai amat memeritkan,amat-amat menyeksakan..berbagai benda harus difikir,disusun semula..lebih-lebih lagi bila berkaitan pendapatan kewangan,maklumlah..kehidupan di bandar,amat memerlukan aku untuk berusaha lebih kuat lagi.Tapi sekurangnya anakku hanya seorang..terfikir jugak aku,bagaimana agaknya ibu-ibu tunggal yang lain..yang mempunyai anak -anak yang ramai.Sudah tentu mereka harus bersusah payah menyediakan segalanya buat anak-anak yang belum mengerti apa-apa.



Bukan sesuatu yang mudah bila memegang status ibu tunggal ni.Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan segelintir manusia yang sukar memahami keadaan kita.Sukar untuk mengerti bahawa mereka juga perempuan seperti kita,cuma yang membezakan kami adalah status sahaja.Status yang amat digeruni oleh semua wanita khususnya.



Malah bukan sesuatu yang best pon bila kita selalu disalah ertikan oleh manusia-manusia yang kurang pemahaman tentang ibu tunggal ni.Kadang-kadang aku terfikir juga,kenapa perlu menghina,kenapa harus memandang serong pada kami,kenapa?kenapa?..adakah dengan memegang status ini menjadi satu kesalahan besar.Kenapa tidak mereka berfikir bahawa,ini semua qada dan qadar dari Allah.Bukan kita memintanya..



Tahukah mereka bahawa dunia ini berputar..tak selamanya kita sentiasa diatas dan tak akan selamanya kita melanggok di bawah.Kala diatas,kita bersenang lenang,bergelak tawa,berbahagia tapi ingatlah,kita pasti akan merasa duka nestapa,sengsara...cuma masanya lagi belum tiba.Pandangan serong wanita lain kearah ibu tunggal ni amat menyeksakan,seolah-olah kita nih bakal menghancurkan kehidupannya yang bahagia itu.Ya ALLAH,jauhkanlah.



Aku amat bersyukur kerana kehidupan aku banyak dipengaruhi oleh keluarga aku.Mereka adalah peniup semangat aku,malah penyumbang besar dalam tabung kewangan aku setiap bulan.Mungkin atas dasar kasihan melihat aku terkontang kanting,terkedek-kedek mencari rezeki untuk sesuap nasi,itu yang wujudnya tabung penyelamat tu..hihihi..


Dengan berpegang pada prinsip "tak kisah apa orang kata",aku tetap teruskan kehidupan seperti biasa.Allah sentiasa bersama aku..itu yang aku pegang dan aku amat yakin dengan-NYA.DIA telah mengatur yang terbaik untuk aku,apa perlunya untuk aku pertikaikan.Cuma yang selalu menjadi persoalannya sekarang ni,sudah ramai yang mula bertanya tentang pasangan baru,aduhhh..soalan yang paling aku suka tak suka.



Macam biasa namanya pun manusia..memang suka bertanya kan,so...jawablah dengan tenang..."akan kawen minggu depan"..kahkahkah..harus menyingga diaorang nanti.Itulah satu soalan yang memang buat aku tensen sampai sekarang,sampai kadang tiba satu tahap rasa nak pergi kat telinga diorang sambil menjerit "sukati aku ler,nak kawen ke tak"...tapi aku dah diajar supaya tak bersikap begitu.so,banyakkan bersabar.Itulah dugaan yang Allah dah beri.



Aku percaya,Aku adalah insan yang telah dipilih oleh Allah untuk melalui semua dugaan ini.Ini kerana aku seorang yang kuat,tabah dan kental.Tak semua orang mempunyai kekuatan seperti kami,ibu tunggal...Semoga aku akan terus diberi kekuatan oleh-NYA untuk menempuh hari-hari yang aku tak pasti bagaimana laluannya.Hanya ditemani keluarga,teman-teman dan anak..aku pasti aku mampu.IN SHAA ALLAH.AAMIIN...



aku NAK jadi baik

BAIK.

Bila sebut je 'baik',rasanya semua orang dah jelas dengan maksudnya,dan kebanyakkan dari kita hanya nak yang baik-baik je dalam hidup.(betul kan)contohnya,nak rumah yang baik,kereta yang baik,keluarga yang baik dan paling penting nak pasangan yang baik.senang cakap semuanya nak yang baik-baiklah.


Cuba kita tanya diri kita sendiri..tak teringin ke nak kita jadi yang terbaik?Menjadi hamba Allah yang baik?Menjadi pengikut Rasulullah yang terbaik?Menjadi anak yang terbaik?Menjadi sahabat yang terbaik?mesti ramai yang mengangguk laju nak kan.


Kadang-kadang hati kita dah berazam untuk hari ini untuk jadi baik..treng teng teng....petang tu jugak di hari yang sama kita dah pun lakukan kejahatan.Eh!!!!..bukan petang,pagi tu jugak kita dah mengumpat orang..satu lagi kejahatan yang kita dah buat tuk hari yang kita beriye-iye nak berubah tu.Jika nak berubah ke arah kebaikkan,kita perlukan semangat yang amat tinggi,berdisiplin dan jiwa harus kental.Bukan hanya berkata hari ni aku nak jadi baiklah..tapi sampai petang..berubah pulak..nanti-nantilah jadi baik..haih..manusia kan.


BAIK.setiap orang nak jadi baik.Siapa pun orang itu,pendosa setinggi langit,penzina dan sebagainya..masing-masing pernah teringin tuk berubah..tuk menjadi lebih baik..keinginan tuk menjadi baik tu memang tinggi.Cuma,kadangkala,keadaan yang tak mengizinkan,berputus asa untuk menjadi baik,merasakan dia tak mampu untuk menjadi baik,lantas menyerahkan diri pada kononnya takdir dah menentukkan untuk dia menjadi jahat sahaja.


Boleh ke nak jadi jahat??Ishhh!!!Bolehhh..tapi kalau kita bersedia dan sanggup untuk menerima azab dari Allah SWT kelak,silakan..tepuk dada tanya selera.
Jadi sebab itulah kita harus berubah.Berubah jadi baik.Walaupun ini kali yang ke 100 kita berkata benda yang sama,kita harus berusaha sehingga ke hujung nyawa.Kita boleh.u can do it!!




Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua,Ayuh,bertaubatlah kita selagi masih ada waktu ini.Allah amat menyayangi hamba-hamba-NYA.IN SHAA ALLAH.


Saturday 16 March 2013

Lumrah MANUSIA.

Hiii..assalammualaikum uolls..kali nih punya entry aku nak bebel pasal kecenderungan seseorang hanya pada kecantikan luaran je.Kenapa aku cakap centu,haaa..meh aku nak cerita skit.Memang lumrah manusia nih mata memang jahat..nak tengok benda yang cantik je..ada tak orang yang nak tengok benda yang tak berapa nak cantik..senang cakap buruklah,mesti ramai jawab tak kan.Padahal kita sendiri tahu kan,yang segala benda yang diciptakan oleh Allah adalah cantik..cuma tak perfect je.


Pada tanggapan aku,cantik atau tak seseorang itu,semua terletak di hati.Memang ramai orang yang aku tanya,berkata..cantik tak penting,janji hati baik..cehhhhhh..alasan.tu sume poyo,cari gepren nak yang cantik jek..janji dapat tayang kat kawan2 yang dia ada awek cun.Hilang semua falsafah cinta tadi.Kalau camtu baik tukar je statment tu 'hati tak penting,janji cantik'...hahahahaha..


Tu yang banyak kita dapat tengok zaman sekarang,banyak gadis2 yang agak gebus2 tu still single..sebab selalu kena reject.Aku taklah cakap semua lelaki mcm tu,ada jugak lelaki yang memang tak kisah tu semua.Yang kita perlu ambil kira sekarang nih,fizikal tu belum dapat menjamin kebahagiaan seseorang itu.Yakin dengan jodoh dariNya.


Tapi,tak semua perempuan cantik,hatinya tak baik..memasing ada kekurangannya dan ada kelebihannya.mungkin perempuan cantik pandai masak tapi pemalas kemas rumah..dan mungkin juga perempuan yg kurang cantik tu pandai kemas rumah tapi garang macam singa(dpn lelaki npk sopan)kihkihkih...adoiiii.


Itulah,tapi memang mentaliti orang kita memang dah disetkan yang cantik tu bagus.Tu yang kadang2 ambil masa tuk diperbetulkan..lagi2 usia yg dah semakin tua.susah dah nak ubah.Apapun,aku memang takdek kaitan dengan cantik atau tak ni.sebab aku percaya aku ada kelebihan aku dan ada juga kekurangan.aku redha.

Friday 15 March 2013

CENCARU SUMBAT versi aku..

Haaa...tetiba kali ni aku nak post pasal masakan pulak..Menu makan aku dengan hziq tuk lunch time for weekend kali nih ialah 'cencaru sumbat'..slurppp..dh meleleh ayaq liuq ni..padahal baru je makan tengah hari..sabar tempolokku, sabar tekak..haihh

Dah lama aku teringin nak buat,kesempatan je yang tak muncul2..manjang malas je..manjang sibuk jerrr...kali aku siapkan dengan resepinya sekali ea..okayy..selamat mencuba..





BAHAN2 nya:
*2 ekor ikan cencaru(dibersihkn dan dibelah belakangnya)
*15 tangkai cili kering bukan basah tau..#
*2 biji bawang besar..#
*2 ulas bawang putih#
*5/6 ulas cili padi#
*bendi
*garam,perasa dan gula..

CARAnya:
-tumbuk lumat segala bahan yang bertanda #..lumat tau..aku suka tumbuk guna tangan lesung..kalu blend nanti x beshh.

-then,dengan minyak yg amat sedikit(dlm 2 sudu)..tumiskan bhn yg ditumbuk lumat berserta dengan garam,perasa dan sedikit gula.

-after that..cewahhh..sumbatkan sambal yg siap tadi kt belakang ikan yg dh siap dibelah tuuu.

-lepastu kita gorengkan ikan cencaru tu dengan minyak yang sedikit(takut sambalnya terburai terkeluar)goreng ikan sehingga masak(aku x suka garing)tapi ikut tekak memasing ler.

-finally,kita gorengkan bendi dengan sekadar hanya layu ditasik madu..then..just tabur2kan je bendi tu atas ikan yg dh ready tuk dimakan.

So,moralnnya,kita dapat makan ikan dan sayur sekaligus..tak payah susah2 nak masak smpi 2 dish kan..tapi ni tips orang yang malas rajin cam aku nih..nak ikut aku x larang,tak nak ikut aku tak kisah..hihihi

Masakan ni sedap dan feeling habiss kalo kita makan dengan nasi yang panas2..berasap gituu.okay,selamat berusaha tuk memasak.



Saturday 9 March 2013

wetland,PUTRAJAYA.

Alhamdulillah,setelah sekian lama berangan2 tuk datang ke sini..finally,aku berjaya jugak cecahkan kaki kami yang cute(serius xda kematu)kt sini.Walaupun..kedatangan aku ke tempat nih secara tak sengaja,tapi bak kata orang..kalau dah ada depan mata,rembat je kan..hahaha..so,this is my first time aku ke sini..selalu dengar orang bercerita je...mana bole tahan dengar orang dok cerita je kan...


Muka memula sampai wetland..senyum paksa rela(sbb mama paksa amek pic ni)haha..time nih on my way nak ke area feeding animals..memang kalau time 11am and 4pm,almost everyday..pihak wetland akan bagi itik2 dari mesir,black swan nih makan...so,thats mean kita bole joins bg mkan sekali but for those yang penakut like me..aku nasihatkan baek jadi penonton dan duduk dediam.(ahakkksss) :))


Nilah itik2 yang dibawa dari negara mesir tu..memang besar..beza dengan itik local..tapi bunyinya still sama..hahaha.kuek..kuekk..duduk kat sini jer hampir 45 minute..leka gilerr..bau pon bole tahan.>_<


Okayy..keluar je dari feeding area tuh,aku terpandangkan menara tinjau..perasaan macam nak panjat,tapi kaki belum merelakan..so..just snap some pic je..jadiklah...nanti2 datang bole panjat.teringin nak tengok view dari atas(ye,ye je..padahal gayat)


Itulah itik yang dari mesir tu..ada banyak..siap ada babynya sekali..Yang bestnya,kat sini kita diberi pegang itik2 ni..tapi pada yang kuat,x pengeli je la..bagi yang macam aku..just look n see.


Tadaaaa...kali nih haziq dah berani sikit and this is first time haziq begitu hampir dengan makhluk ciptaan Allah ini.Walaupon aku nampak mukanya berkerut2..(muka takut).Bukan main kuat dia peluk itik tu(sesak napeh cik itik tuh)..tapi yang nih itik local..walaupon itik local,tapi bukan main cantik lagi feathernya..soft sangat2.Aku pon try jugak pegang..tapi dalam keadaan yang amat berhati2. *__*.Iye berhati2 okayy..padahal itik nih kemain baek lagi,jinak...aku je yang melebih2.hahahaha...


Flamingo...ye..kat sini memang ada flamingo..flamingo nih,aku pilih sebagai destinasi terakhir di wetland.Sbb aku suka tgk flamingo yang slow,tertib (aikk) sopan (ermm) dan hot(yeahhh).Memang hilang stress kerja dibuatnya.Tempat nih memang best,ada museum 3D,tapi sayang sangat sebab camera are not allowed.>_<
tapi,seriously museum tu memang terbaekk.Aku suka tempat nih(aku bagi 7 bintang)..tempat yang bole mendekatkan diri kita pada sang Pencipta,menghayati keindahan ciptaan-Nya.Malah dapat menghindari diri dari stress dan kesibukkan kota.Jadi datanglah kesini,masuk pun free je.

Thursday 7 March 2013

pestime g salon.

muhahahahahamuhahaha...
Pengalaman syok aku bila pestime dapat pergi salon rambut.(sian aku kan)..bukan dedulu tanak pergi tapi kesibukkan dan ketensenan melanda diri...(ye la tu)
Memang dah hampir berbulan aku sibuk mencari salon yang ala2 muslimah...fiuuuu..bukan senang nak cari...hajatnya nak memotong rambut yang semakin besar dan semakin tebal nih..(besar???)

Segala macam soping mall aku redah,pusat ketulusan pun ada..tapi yang aku survey semuannya ada terima kastemer lelaki iaitu non-muhrim..hihihu..
Tapi kalau dah namanya rezeki kedai tu dengan aku..memang adalah kan..sepertimana feveret aku adalah berpoya2 dengan seorang kawan aku yang skema,aku terjumpa satu kedai di area section 9,B.B.Bangi.tak sia2 aritu aku pergi berpoya2..

Tanpa rasa curiga aku melangkah laju dan rakus malah tanpa membuka sliper jepun,aku menapak ke tangga salon muslimah itu.(time tuh memang buruk betoi muka aku) >_<

Setelah meminta sedikit penerangan tentang pakej rawatan rambut..aku pon terus bersetuju menerima rawatan  potong,cuci dan blow...potong,cuci dan blow..
Tupon dengan harga yang paling murah iaitu rm35 sahaja.(masa tu aku mcm nak melompat bintang sbb  dapat potong,cuci dan blow..(hekele.ntah apa2)

Mungkin sebab kegayatan memenuhi diri aku terus melompat duduk di kerusi..memang menjengkelkan sungguh(kalah kwn aku yang skema tuh)kehkehkehkeh...
Tapi memang betul kata orang kalau ada insan yang mulia yang sudi mengaru..mengurut..memicit kepala kita..aduhhhhh...asik ya..

Memang aku betul2 menghayati urutan dari budak yang tak ku ketahui namanya(wlpn borak hmpir 1/2 jam)..hahahaa..
Niat aku selepas aksi potong,cuci dan blow nih..aku nak amek pakej facial plak dengan harga ahli...iye aku dah jadi ahli kelab salon muslimah tuh...lepas tu massage,sauna.....(haih berangan okay)

Memang kita sebagai seorang perempuan yang berkerjaya..kita perlu pergi memanjakan diri..bukan tuk sesiapa pun..untuk kita jugak..tapi yang penting,bagi muslimah..sebaik2nya carilah salon yang menyediakan pekerja wanita melayu(wanita cina pon sebaiknya dielakkan..sebab non-muslim)..dan yang lagi bagus cari yang muslimah..syukur aku duduk di bangi(terkenal dengan islamicnya).
REALLY LOVE BANGI..MUAHHHHHHHHHHHHHHH...



Wednesday 6 March 2013

Assalammualaikum....
yuhuuuuu...welll..welll..well...

Dah hampir 2 bln setengah sesi sekolah bermula...wala..walaa...so,maknannya hampir 2 bulan jgk aku sibuk(weh..sibuk betul2 tau)

Sibuk amendanya pon aku tak faham..kadang tak sibuk mana pun.tapi sesaja je menyebuk(klu tak sibuk nnt bos tambah keje)..kehkehkeh
Projek taon ni..nk g holiday..ermmmm..ermmm...mana ea..tekak teringin nk g pulau.felling2..romancing2..tacing2(hei..apa kena mengena tekak ngn pocutian..huh)

Survey berpuluh tempat..lelama jadi sasau..pening..itu nak,ini pon nak..(nyah ko saitan)
Tapi kali nih holiday yang aku rasa..ye aku rasa lah..akan menjadi percutian yang dasat..superb..
sebab aku akan pergi dengan seangkatan status dengan aku..okayy..ulangan..status ngan aku.

Yeah...tulah projek tergempar aku tuk taon nih..yang lain cam biasa..kerja..kerja..kerja..abis masa bole balik umah.huyeeee..
pastu tdo....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...esok awal pg bagun balik..pogi kojo.....
sebab tu badan makin mengembang..haih..time bila nak kuncup nih..plisssss lemakss..go aways...plissss...plissssssssssssss...

Rumpai laut..ermm..dh hampir sebulan aku makan..perubahannya..(????????) sobs,sobs,sobs, sedeyy..nampak cam takda apa pon yang berubah(lemak tebai sngat)waaaaa...mak redha nak..iye,siyes nih..mak redha....
*_______________________*