Sunday 2 June 2013

Gulai nangka dengan udang.


tadaa.okey..kali ni aku nak share resepi simple aku untuk menu lunch aku arini.walaupun simple macam ni,tetap mampu mengundang titisan air liur sesapa yang melihatnya.(statment bajet good2 je kan).hihihi

okay,ni segala resepi2 rahsia aku selama nih.sila2:

GULAI NANGKA WITH PRAWN (also with love) :)

Bahan2 nye;

*nangka muda-siap direbus dulu.opss..buang kulitnya ye..okay next,
*udang.banyak ikut suka.
*cili padi.sapa suka pedas letak lebih2.
*kunyit hidup.besar ibu jari kaki  tangan wanita ye.
*1 kg santan.
*periuk.untuk memasak ye..(mcm mintak kn hempuk je kan)


Cara2 nye pulak;

memula,campurkan santan dengan cili padi dan kunyit hidup yg dah siap diblend/ditumbuk.kemudian masakkan santan hingga santan benar2 masak.bila santan sudah mengelegak,itu tandanya sedia untuk masukkan nangka yg sudah siap dicelur.apabila anda yakin nangka itu benar2 sudah empuk..masukkan pula udang.biarkan sebentar..selepas 10minit.barulah ditutup apinya.
okay,sedia dihidang dan dimakan.

orite,selamat mencuba dan selamat menjamu selera uolls.

mood 'sabah'an.

ceng..ceng..ceng..mood risau(plus sedih jgk,tp xleh over sangat)sbb sicinta hati mahu ke sabah meninggalkan aku sendirian disini.(bajet ngengada)hikhikhik..kalaulah boleh g sabah jgk kan ke indah.(statment cm nk mintak lepuk je)yela,macamlah sicinta hati tu ada masa nak melayan aku yang mcm sengal2 nih kan.(sengal ubi katanye..sangat tak bayek taw).

actually bukan lama pon sicinta hati pergi kali ni,sebulan jew pon..tapi sedih macam nak pergi bertahun2 kan.(feel kn lebih2)kihkihkih..sorry en.cinta.yewwww..aku saja kasi bengang dengan men'send' picture makanan yang sngt2 sedap hasil masakan aku,supaya dengan harapan dia menolak arahan pergi ke sabah.(ni rasia ok..tapi dia x heran pon.cehhhh)

sebelum puasa sicinta akan balik semula..yeay(aku kirim bunga api sempena raya nanti)hahahaha...xlah2,aku tepu je.aku suh dia petikkan aku bunga yang tumbuh di atas Gunung Kinabalu.(tanak bunga lain)mengada btul permintaan aku kan.hahaha..ni pun aku tipu jugak..hahaha..aku suruh dia belikan aku mutiara paling mahal kt sabah.(hihihi..mmg betul katanya,aku sengal ubi).

harap dia tak tersangkut minah sabah(pray,pray,pray)hahahaha..adoi.dalam hutan katanya,pempuan sabah xda,anak2 tarzan ada lah..(eh,dia xtau ke anak tarzan tu seksi apa,pkai cawat jgk kan,an,an,,) >..<

apapon,hope dia selamat pergi dan selamat pulang kesisi aku.cewahh.katanya lagi,andai dia tak pulang..carilah dia di sana,(eh,pandai pergi pandailah balik)kihkihkih...statment aku ni memang mintak tampo lelaju nih.manalah aku cukup duit nak beli tiket Air Asia tu(baek beli baju raya)hihihihi..

mood sabah semakin membara disanubari aku sekarang ni..mungkin akan berlarutan selama sebulan ni.(confident level kn tinggi)sabah!sabah!..hihi..adehhh.


pengemis bus express..

kali nih punye title macam kejam je kan.tapi itulah realiti yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari selagi seseorang itu masih bergelar manusia.kitar hidup seseorang itu sentiasa berubah-ubah..dugaan,cabaran,bahagia,suka dan duka sentiasa bersilih ganti.cuma dengan cara bagaimana kita mahu hadapinya.
kalau dulu kita selalu melihat pengemis mengemis di tepi2 bangunan,jejantas,kedai2 makan dan di kaki2 lima.kini mereka sudah transform ke dalam bus express.wahhhh..kelas gitu kan.

kesian.ye,itu ayat pertama yang meluncur laju di bibir aku saat melihat seorang warga emas lelaki,meraih wang dari penumpang2 bus express.bermula dr tempat duduk depan,warga emas itu menyerahkan sekeping kertas,susah nak ku agak apa isinye..tapi rata2 penumpang hanya melihat sekali imbas(tulisan tangan yang sukar difahami)

perkara pertama yang terlintas di fikiran aku..siapakah anak2nya.dimanakah mereka..jika warga emas itu tiada ank2,jadi dimana isterinya..jika tiada juga isterinya,jadi dimanakah adik-beradiknya,saudara maranya..sesuatu yang mustahil jika warga emas itu lahir kedunia tanpa ada sesiapa disisinya.terkadang bila dikenang semula,untung nasib hidup seseorang bergantung atas qada dan qadar dr Illahi.andai pandai dicorakkan,maka indahlah perjalanan hidupnya,jika sebaliknya..harus kita renung kembali dan berbalik pd Yang Maha Esa.

penumpang hari itu seramai 40 orang,jadi dari perkiraan aku,kalau dari bangku pertama hingga bangku yang akhir sekali setiap penumpang menghulur rm1.maknanya,pendapatan warga emas itu untuk hari itu adalah sebanyak rm40.itu hanya pada satu bus express,bayangkan warga emas itu mendaki setiap tangga bas yang ada di hentian itu.tak mustahil warga emas itu peroleh keuntungan yang berlipat kali ganda hanya dengan mengemis.

bukan tiada suara2 sumbang memarahi perlakuan warga emas itu..tapi siapalah kita untuk menghukum warga emas itu andai dia menipu kita sekalipun.dalam islam sendiri mengatakan bahawa 'tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima'.disitu islam dah mengariskan konsep bersedekah adalah cara penyucian jiwa yang amat mudah sekali.usahlah diungkit2,usahlah dimaki2 andai tidak mahu memberi,cukuplah sekadar sedekahkan senyuman.warga emas itu bukan memaksa kita untuk memberi.

sebelum bus express bergerak meninggalkan hentian,sempat ku lihat warga emas itu berusaha mendaki satu lagi tangga bus express lain dalam keadaan yang amat payah sekali.biar apapun yang berlaku,ikhlaskanlah hati dalam bersedekah walaupun sekadar syiling 50.andai pengemis2 itu menipu sekalipun,biarlah dia..hanya Allah akan akan membalasnya,siapalah kita untuk terus menghukum mereka.

aku bukan menyokong mereka,tapi naluri kemanusiaan aku berkata,selagi kita masih menumpang hidup di dunia ciptaan Allah s.w.t ini,selagi itulah kita mempunyai masalah masing2.mungkin kita bertuah sebab tidak perlu mengemis untuk sesuap makanan malah muka kita tak mungkin tak cukup tebal setebal konkrit untuk mengemis.jadi,kita jadilah penyedekah yang terhormat.usah mempertikaikan suratan takdir dari Allah s.w.t.