Thursday 28 March 2013

aku NAK jadi baik

BAIK.

Bila sebut je 'baik',rasanya semua orang dah jelas dengan maksudnya,dan kebanyakkan dari kita hanya nak yang baik-baik je dalam hidup.(betul kan)contohnya,nak rumah yang baik,kereta yang baik,keluarga yang baik dan paling penting nak pasangan yang baik.senang cakap semuanya nak yang baik-baiklah.


Cuba kita tanya diri kita sendiri..tak teringin ke nak kita jadi yang terbaik?Menjadi hamba Allah yang baik?Menjadi pengikut Rasulullah yang terbaik?Menjadi anak yang terbaik?Menjadi sahabat yang terbaik?mesti ramai yang mengangguk laju nak kan.


Kadang-kadang hati kita dah berazam untuk hari ini untuk jadi baik..treng teng teng....petang tu jugak di hari yang sama kita dah pun lakukan kejahatan.Eh!!!!..bukan petang,pagi tu jugak kita dah mengumpat orang..satu lagi kejahatan yang kita dah buat tuk hari yang kita beriye-iye nak berubah tu.Jika nak berubah ke arah kebaikkan,kita perlukan semangat yang amat tinggi,berdisiplin dan jiwa harus kental.Bukan hanya berkata hari ni aku nak jadi baiklah..tapi sampai petang..berubah pulak..nanti-nantilah jadi baik..haih..manusia kan.


BAIK.setiap orang nak jadi baik.Siapa pun orang itu,pendosa setinggi langit,penzina dan sebagainya..masing-masing pernah teringin tuk berubah..tuk menjadi lebih baik..keinginan tuk menjadi baik tu memang tinggi.Cuma,kadangkala,keadaan yang tak mengizinkan,berputus asa untuk menjadi baik,merasakan dia tak mampu untuk menjadi baik,lantas menyerahkan diri pada kononnya takdir dah menentukkan untuk dia menjadi jahat sahaja.


Boleh ke nak jadi jahat??Ishhh!!!Bolehhh..tapi kalau kita bersedia dan sanggup untuk menerima azab dari Allah SWT kelak,silakan..tepuk dada tanya selera.
Jadi sebab itulah kita harus berubah.Berubah jadi baik.Walaupun ini kali yang ke 100 kita berkata benda yang sama,kita harus berusaha sehingga ke hujung nyawa.Kita boleh.u can do it!!




Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua,Ayuh,bertaubatlah kita selagi masih ada waktu ini.Allah amat menyayangi hamba-hamba-NYA.IN SHAA ALLAH.


No comments:

Post a Comment