Saturday 6 April 2013

SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU by aku.

Hari ni bolehlah dikategorikan sebagai hari yang bersejarah buat aku,iyelah finally aku berjaya masak menu masakan paling 'hot' dan terkenal di negeri kelahiran aku,Negeri Sembilan,muah..muah..muahhh..Tiba-tiba plak arini aku bole terlebih rajin dan tersangat free untuk memasak  ni.

Bahannya memang aku dah siap beli semalam lagi,jenuh jugak aku mencari dari segala sudut pasar,hujung ke pangkal aku dah ukur..tapi sayangnya,hanya sikit..eh! bukan sikit,banyak yang tak ada..hihihi..tapi aku tak kira,aku dah tekad yang aku akan buat jugak sambal tempoyak daun kayu ni walau apapun yang menghalang (ewahh)

Bukan main riang lagi hati aku bila masakan aku tu terhidang cantik di atas meja..bau nya je dah bole bikin perut mengelodak lapar,fuhhhhhhh!!..atometik aku jadi lapar time tu,tak semenggah betul.kata orang kalau mertua lalu,harus tak pandang,tapi aku xda mertua..so,aku buat kesimpulan macam ni..kalau komuter  yang lalu,maun terbabas..mak oiiii..dasat sungguh(macam master chep)..ye ye je macam sedap kan.kihkihkih..

Tadaaaa...nilah sambal tempoyak daun kayu tu,musnah segala diet aku untuk minggu ni.mana taknya,2x aku 'terpaksa' tambah nasi. (adoi).kali nih aku nak share resepinya sekali,manalah tau kan ada yang meleleh air liur tengok pic ni..sedap tu.


Okay,nah sila salin dengan berkhemah berhemah ye :)

BAHAN.
-pucuk ubi (hiris halus)
-pucuk labu (hiris halus)
-daun kunyit (hiris halus)
-serai 2btg (hiris halus)
-cili padi (ikut suka)
-kunyit mati idup
-ikan bilis
-udang
-petai
-tompoyak 7 sudu.
-santan 2biji kelapa
-garam

CARA-CARA NAK MASAKNYA.
-masukan santan,kunyit hidup,cili dan ikan bilis....masakan hingga santan mendidih.
-kemudian.masukan sayur yang sudah dihiris halus tadi,biarkan mendidih dan sayuran itu menjadi lembut.
-selepas itu,masukan udang dan petai..didihkan sekejap.
-akhir sekali masukan tompoyak dan garam secukup rasa.
-biarkan seketika,kemudian bila semakin pekat,bolehlah ditutup apinya.
-sedia untuk dimakan bersama ikan goreng dan nasi yang panas.


Ok,itulah resepi kejayaan saya hari ini,kalau diikutkan..bahannya harus banyak lagi,tapi maklumlah susah kita nak dapatkan bahan-bahannya yang semacam dah tak wujud je gayanya..lagi2 duduk kat bandar,kalau duduk kampung ok jugaklah,kemungkinan ada  ler lagi kan.walaupun bahannya tak cukup mana,tapi rasanya tetap sama..percayalah.hiii.ok,selamat mencuba dan semoga berjaya.
Adios!

RinDU NAK reST Weiii..

Assalammualaikum uolls...hai,seminggu lebih dah tak update apapon..sibuk bukan main lagi..hari ni baru aku dapat rasa betapa nikmatnya bila dapat cuti (walaupun hnaya cuti weekend jer)..maklumlah..dari cuti sekolah penggal pertama lagi aku sibuk,bawalah ke sekarang..sikit punye baik  lagi boss offer cuti,tapi dok gatai tak mau ambik..ha rasakan kau...kenkunun nk jd one of best worker for this year.cehhhhh...haihhh..

Rutin cam biasa..rendam baju kotor dari subuh,kononnya nak basuh before 9,tapi sibuk kehulu kehilir macam takda tujuan,petang juga baju tu 'terbasuh'.yesss..kira oklah tu kan.Pepagi subuh tu jugak,si-haziq dah order lunch setnya.Aku pun arini macam ada semangat membara je,rajin plak nak ke pasar basah.Macam biasa 'supir' aku akan hantar..kahkahkah..(kena sumpah jugak aku ni nanti) ahaksss..

Aku sampai pasar basah takdelah awal mana pun,seb baik dalam otak aku yang geliga ni dah set kan benda-benda yang harus aku beli,bukan mcm sebelum ni,list bukan main lagi macam nak jawab peksa,silap-silap yang xde dalam list pon aku bole beli.Hadoiiii..Terbayang lagi permintaan haziq pagi tadi "mama,arini nak nasi ayam,boleh"?.............Tentulah boleh kan..mintak yang senang,sah-sah aku xpert menu tu..cehhh..belagak sungguh..

Balik je ke rumah,jangan ingat aku terus masak tau..aku dok layan tv sekejap,maklumlah yang meng'order' pergi main bola..so,masa banyak lagi kan..muahahahamuahahaha..gelak macam penjenayah bernombor  bersiri je.


Tadaaaa....bukan main hebat presentation nasi ayam aku ni ha..ingatkan nak jugak aku sertakan dengan menu tadi,tapi lepas aku berfikir secara rasional..alahai..nasi ayam tu kan its like kacang putih kan,so aku pun putuskan tak payah letak.Tapi dari feedback customer aku tadi(haziq)....he says sedap mama...wawawawawaa...kita kena percaya dengan kata-kata seorang budak,dorang tak tipu punya kan,kan,kan.

Oklah,aku rasa sampai sini je dulu entry aku kali nih,ni pon aku melanggok kat blog sampai tertinggal hindustan aku tu (PAHELI) mesti shah rukh khan frustrated sebab aku tak tengok dia tadi..jenuh pulak aku nak pujuk tu nanti.ahaks..adioss geng!!!