Saturday, 10 August 2013

Raya..raya..raya..2013

assalammualaikum..,hari ni dh genap 3 hari kita beraya..tema blue blues jadi pilihan kami(aku,kerul n aziq)..konon nak sehati sejiwa ler konon..cehhhh..tapi dah terlaksana pun tema tu..raya tahun ni mcm tak best sangat..sebb x berjalan mana pun..ddk umah lagi banyak..rugi betul cuti lama2 weyyy..2 mggu cuti..adehhh..stress duk kg lelama.aktivity tak berapa nak ada..haih..

hajat si aziq nk kumpul duit raya bnyk pun bolelah dikira hampir berjaya..aamiin..sian dia,tak berjalan kemana2,,tu yg tak dpt kumpul lebih banyak dr biasa.xpe..sabar eh.next raya kita preapare well k.


tahun ni tahun ke3 kami beraya berdua.alhamdulillah..kami tetap happy..tetap kuat..tetap mampu.tak dapat aku nk bayangkan ,aku beraya tanpa bdk encem tuh..alolololo..mental otak mama nye nnt.haziq sentiasa bersama2 aku wlpn apa yang terjadi,susah atau senang...dia dh memahami situasi tanpa insan bergelar bapa.




wlpn raya kali nih tak berapa nak meriah bagi aku..tp aku tetap over bila syawal menjelang tiba..hehehhee..tu harus.pengalaman mengacau dodol "penganan" amat menyeramkan..kalau dibayar beribu untuk dodol itu pun aku x sanggup nk buat...lari paksi siku aku dok mengacaunye.uwaaaa.mak serender...



apapun,aku n haziq mengucapkan salam syawal buat semua...maaf zahir batin dr kami..kami bukan sempurna mana,tp kami cuba menjadi yang sebaik mungkin.aamiin.
moga raya 2013 bakal memberi kekuatan yg luar biasa buat kami berdua.yess..doakan ye.pray3.

Sunday, 2 June 2013

Gulai nangka dengan udang.


tadaa.okey..kali ni aku nak share resepi simple aku untuk menu lunch aku arini.walaupun simple macam ni,tetap mampu mengundang titisan air liur sesapa yang melihatnya.(statment bajet good2 je kan).hihihi

okay,ni segala resepi2 rahsia aku selama nih.sila2:

GULAI NANGKA WITH PRAWN (also with love) :)

Bahan2 nye;

*nangka muda-siap direbus dulu.opss..buang kulitnya ye..okay next,
*udang.banyak ikut suka.
*cili padi.sapa suka pedas letak lebih2.
*kunyit hidup.besar ibu jari kaki  tangan wanita ye.
*1 kg santan.
*periuk.untuk memasak ye..(mcm mintak kn hempuk je kan)


Cara2 nye pulak;

memula,campurkan santan dengan cili padi dan kunyit hidup yg dah siap diblend/ditumbuk.kemudian masakkan santan hingga santan benar2 masak.bila santan sudah mengelegak,itu tandanya sedia untuk masukkan nangka yg sudah siap dicelur.apabila anda yakin nangka itu benar2 sudah empuk..masukkan pula udang.biarkan sebentar..selepas 10minit.barulah ditutup apinya.
okay,sedia dihidang dan dimakan.

orite,selamat mencuba dan selamat menjamu selera uolls.

mood 'sabah'an.

ceng..ceng..ceng..mood risau(plus sedih jgk,tp xleh over sangat)sbb sicinta hati mahu ke sabah meninggalkan aku sendirian disini.(bajet ngengada)hikhikhik..kalaulah boleh g sabah jgk kan ke indah.(statment cm nk mintak lepuk je)yela,macamlah sicinta hati tu ada masa nak melayan aku yang mcm sengal2 nih kan.(sengal ubi katanye..sangat tak bayek taw).

actually bukan lama pon sicinta hati pergi kali ni,sebulan jew pon..tapi sedih macam nak pergi bertahun2 kan.(feel kn lebih2)kihkihkih..sorry en.cinta.yewwww..aku saja kasi bengang dengan men'send' picture makanan yang sngt2 sedap hasil masakan aku,supaya dengan harapan dia menolak arahan pergi ke sabah.(ni rasia ok..tapi dia x heran pon.cehhhh)

sebelum puasa sicinta akan balik semula..yeay(aku kirim bunga api sempena raya nanti)hahahaha...xlah2,aku tepu je.aku suh dia petikkan aku bunga yang tumbuh di atas Gunung Kinabalu.(tanak bunga lain)mengada btul permintaan aku kan.hahaha..ni pun aku tipu jugak..hahaha..aku suruh dia belikan aku mutiara paling mahal kt sabah.(hihihi..mmg betul katanya,aku sengal ubi).

harap dia tak tersangkut minah sabah(pray,pray,pray)hahahaha..adoi.dalam hutan katanya,pempuan sabah xda,anak2 tarzan ada lah..(eh,dia xtau ke anak tarzan tu seksi apa,pkai cawat jgk kan,an,an,,) >..<

apapon,hope dia selamat pergi dan selamat pulang kesisi aku.cewahh.katanya lagi,andai dia tak pulang..carilah dia di sana,(eh,pandai pergi pandailah balik)kihkihkih...statment aku ni memang mintak tampo lelaju nih.manalah aku cukup duit nak beli tiket Air Asia tu(baek beli baju raya)hihihihi..

mood sabah semakin membara disanubari aku sekarang ni..mungkin akan berlarutan selama sebulan ni.(confident level kn tinggi)sabah!sabah!..hihi..adehhh.


pengemis bus express..

kali nih punye title macam kejam je kan.tapi itulah realiti yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari selagi seseorang itu masih bergelar manusia.kitar hidup seseorang itu sentiasa berubah-ubah..dugaan,cabaran,bahagia,suka dan duka sentiasa bersilih ganti.cuma dengan cara bagaimana kita mahu hadapinya.
kalau dulu kita selalu melihat pengemis mengemis di tepi2 bangunan,jejantas,kedai2 makan dan di kaki2 lima.kini mereka sudah transform ke dalam bus express.wahhhh..kelas gitu kan.

kesian.ye,itu ayat pertama yang meluncur laju di bibir aku saat melihat seorang warga emas lelaki,meraih wang dari penumpang2 bus express.bermula dr tempat duduk depan,warga emas itu menyerahkan sekeping kertas,susah nak ku agak apa isinye..tapi rata2 penumpang hanya melihat sekali imbas(tulisan tangan yang sukar difahami)

perkara pertama yang terlintas di fikiran aku..siapakah anak2nya.dimanakah mereka..jika warga emas itu tiada ank2,jadi dimana isterinya..jika tiada juga isterinya,jadi dimanakah adik-beradiknya,saudara maranya..sesuatu yang mustahil jika warga emas itu lahir kedunia tanpa ada sesiapa disisinya.terkadang bila dikenang semula,untung nasib hidup seseorang bergantung atas qada dan qadar dr Illahi.andai pandai dicorakkan,maka indahlah perjalanan hidupnya,jika sebaliknya..harus kita renung kembali dan berbalik pd Yang Maha Esa.

penumpang hari itu seramai 40 orang,jadi dari perkiraan aku,kalau dari bangku pertama hingga bangku yang akhir sekali setiap penumpang menghulur rm1.maknanya,pendapatan warga emas itu untuk hari itu adalah sebanyak rm40.itu hanya pada satu bus express,bayangkan warga emas itu mendaki setiap tangga bas yang ada di hentian itu.tak mustahil warga emas itu peroleh keuntungan yang berlipat kali ganda hanya dengan mengemis.

bukan tiada suara2 sumbang memarahi perlakuan warga emas itu..tapi siapalah kita untuk menghukum warga emas itu andai dia menipu kita sekalipun.dalam islam sendiri mengatakan bahawa 'tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima'.disitu islam dah mengariskan konsep bersedekah adalah cara penyucian jiwa yang amat mudah sekali.usahlah diungkit2,usahlah dimaki2 andai tidak mahu memberi,cukuplah sekadar sedekahkan senyuman.warga emas itu bukan memaksa kita untuk memberi.

sebelum bus express bergerak meninggalkan hentian,sempat ku lihat warga emas itu berusaha mendaki satu lagi tangga bus express lain dalam keadaan yang amat payah sekali.biar apapun yang berlaku,ikhlaskanlah hati dalam bersedekah walaupun sekadar syiling 50.andai pengemis2 itu menipu sekalipun,biarlah dia..hanya Allah akan akan membalasnya,siapalah kita untuk terus menghukum mereka.

aku bukan menyokong mereka,tapi naluri kemanusiaan aku berkata,selagi kita masih menumpang hidup di dunia ciptaan Allah s.w.t ini,selagi itulah kita mempunyai masalah masing2.mungkin kita bertuah sebab tidak perlu mengemis untuk sesuap makanan malah muka kita tak mungkin tak cukup tebal setebal konkrit untuk mengemis.jadi,kita jadilah penyedekah yang terhormat.usah mempertikaikan suratan takdir dari Allah s.w.t.





Friday, 31 May 2013

cuti sekolah kembali lagi..

yeayyy..cuti sekolah datang lagi..ngehngehngeh..kali ni punya cuti aku tak rancang pun mahu kemana2.hanya si bujang tunggal tu je yang aku poskan awal2 ke kampung.adehh!!!bunyik mcm kejam je kan,sbb hantar anak ke kg,suruh mak bapak jaga..hep..hep.hep..jangan salah faham ,jangan berburuk sangka wokey.awal2 lagi si bujang tunggal tu dah pesan,tolonglah hantar haziq balik kg mama,pliss..plissss...hahaha..nampak cam menepu je kan.

oklah,untuk minggu pertama cuti sekolah ni,aku memilih untuk bekerja..pelikkan..maklumlah aku kesian dengan kawan2 aku semua,sian dorang kene keje dalam waktu2 cuti yang seronok ni (komen bajet caring nih geng) hakhakhak..

so.untuk minggu keduanye pulak,aku 'dipaksa' bercuti..ini arahan taw,iye...maklumlah aku memang pekerja yang tak pernah ambil cuti (ssh sngat nk demam).dalam masa seminggu ni,langsung tak ada apa2 aktiviti yang bole memberangsangkan minda aku langsung,maklumlah 'dipaksa' bercuti.

tapi kali nih cuti yang berbaloi untuk si bujang tunggal aku tu,sebelum cuti sekolah bermula seminggu yang lepas,dia diarahkan untuk menghadiri sesi latihan bola sepak dengan satu kelab bola sepak..wahhhhh..berbaloi betul dia tegar dengan sukan favouritenya nih..


nampak tu..tolong tenyeh mata tu kuat2 okey..KELAB BOLASEPAK NHK & AKADEMI CARDIFF CITY..haaa..bolehlah aku menumpang keglemeran dia.hikhikhik.tapi,tapi,tapi...yang penting FREE ok.hahha.aku sokong apa je yang diminati walaupun aku langsung tak minat bolasepak..kadang2 bila ddk termenung tu,haziq banyak terikut2 seperti ayahnye,bekas suamiku..walaupun ayahnya dah membuang haziq jauh dr hidupnya..tapi dh nama pun darah dagingnya kan,siapa kita nak menghalang.


ini baju yang dibangga2 kan oleh haziq,katanya..nombor 1 tu, untuk goal keeper.dia sangat bekerja keras untuk berada dalam pasukan bolasepak sekolahnya...aku nampak sangat kesungguhannya.aku bangga dengan dia.nampak tu,sampai tertutup2 matanya untuk menghayati kehebatan baju jersinya tu.hahahaha..


inilah wajah insan yang jadi kekuatan untuk aku.dia nampak sangat ohsem dan sangat bergaya dalam persalinan ni.ngehngehngeh..moga cuti sekolah kali ini,dpt bg dia kenangan indah.walaupun hanya sekadar latihan..tp cukup bermakna untuk budak yang gilakan bolasepak seperti dia.

aku pula,semoga dengan bercutinya aku walaupun hanya semnggu je,aku hrp kawan2 aku tak meratap kesedihan hendaknye.haruslah kalian berlagak seperti biasa ok.jangan terasa kehilanganku..cewahhhh...sesungguhnya,kalian harus tahu,aku 'dipaksa' cuti,bukan relaku..wawawawawawa.ok,apapon...happy school holidays geng!!

Saturday, 18 May 2013

Happy Teachers Day 2013..




'HAPPY TEACHERS DAY".itulah ucapan yang jadi keramat bila munculnya 16/5 setiap tahun.Alhamdulillah,tahun ni tahun ke-7 aku menyambutnya.

Walaupun aku hanya cikgu tadika yang bergaji kecil,namun demi mendidik anak bangsa untuk persediaan di masa hadapan,tersangatlah2 lah bukan satu kerja yang mudah.

Terima kasih tak terhingga pada bekas2 guru yg berpenat lelah mengajar aku..dr sekolah tadika,sekolah rendah thn 88-92,sekolah agama dan sekolah menengah tahun 93-98...jasa dorang x terbalas sampai akhir hayat aku.Alhamdulillah aku jadi seperti sekarang..

Gelaran pengawas suatu ketika saat sekolah menengah,amat berat..aku dikategorikan pelajar yang nakal...memonteng febret aku,xbuat koje sekolah..akulah orangnye,kn campak buku kt muka..ye aku lagi orgnye,kn denda lari kawasan dataran sekolah 20 kali aku jugak..hahahaha..diingat2 semula,bapak degil aku ni dulu,even aku seorang pengawas...hahah.

Tapi itu semua kenangan zaman muda mudi,pahit manis zaman sekolah dah tak bole di repeat semula.pasrahlah aku dah semakin tua.erkkk

Walaupun aku dikategorikan students yg naughty,tapi aku masih dalam golongan pelajar top10.exam aku bagus,bukan berlagak..tp reallity ok.result SPM98 sngt bagus,cuma kemiskinan menghalang aku teruskan pelajaran aku ke University,takpe..tak semestinya tak ke University,kita akan gagal dalam hidup.

Aku sangat menghargai semua cikgu2 di dunia ini.merekalah pencetus masa depan anak2.Walaupun aku hanya di sekolah tadika...sambutan teachers day sangat meriah,walaupun cikgu sendiri yg jd perancang games dan majlis..hihihi.xpa,cikgu tadika mmg kena over..kan,kan,kalu nak serius merius..tolong ajar sekolah rendah atau sekolah menengah.ok.pilihan di tangan anda.ewahhhh.




Friday, 17 May 2013

Cinta Baru..acececehh..

Assalammualaikum.this time nye entry pasai cinta baru mengerlip2 di hati aku..cewahhhh..jeng2,siapakah cinta baru itu..adakah adakah?adakah apakah?hohoho...

Merepek je kojenye aku nih kan..wawawa..siapakah jejaka yang berjaya menawan hati ku yang keras bak batu sungai ni (kata kwn aku ler) aku kata,hati aku sungguh lemah lembut..hakhakhak.

Walaupun cinta baru "itu" baru berusia 2 bulan..tapi ia sangat mengojeskan hatiku.sangat2 membahagiakan.(ok fine..geli okehh >..<)

Semua bermula di FB,yup...walaupun rumah (sekampung weyy) aku dan cinta baru tu adalah 2 jengkal..tapi sebab memasing dh tua(eh,,dia..bkn aku.)keje merata alam..last day kami jumpa
pada tahun 1998.yup..tersangat lama dan tersangat hampehh..hahhaa.

Slps 15 thn,,wahhh..jangka masa yg jauh,yg lama,yg erkkkk..ala2 cerita cinta tragis yg sadis kisah kami.hekhekhek..

Hanya satu,doakan kebahagiaan aku dan cinta baru nih..dia sangat ohsem..sgt comel..sngt tembam..suke2.dan kami sangat giler..hahah..(aziq yg ckp)

Sekarang ni hati aku sedang berbunga2 riang,berapi2,kembang semacam je..(over btul).agaknye kalau hati aku ni duduknye kt luar,sure korang nampak hati aku ni sedang berbentuk love,berdenyut tak ikut irama..lagi sadis kalau nmpak ada anak panah tercocok di situ..hahahahahaha..aduii.(geli btul)

Cinta baru tu sedang berusaha menekel aziq pulak..ewah..nak mamanye,kn usha2 anaknye..kan,kan,brulah bole dapat title new papa..wekkk.apapon aziq sngt menyayanginye...aziq kata..dua2 comel (ok)..means...mama n new papa sngt gemukss.hadoii.

In syaa Allah,moga kali nih jodoh aku kekal sampai hujung nyawa aku.aku redha dengan sumenye..(tacing kjp) reallity nye..gediks..yeay nak kawen,yeay nak kawen..hahhahha..mak aku kata,gata boto kau yo kak..hihihi..

Apapun semoga sume nih dipermudahkan olehNya..aamiin.okey,stakat ni jelah,dah tak berapa nak larat menaip.see ya..daaaa..