Friday 31 May 2013

cuti sekolah kembali lagi..

yeayyy..cuti sekolah datang lagi..ngehngehngeh..kali ni punya cuti aku tak rancang pun mahu kemana2.hanya si bujang tunggal tu je yang aku poskan awal2 ke kampung.adehh!!!bunyik mcm kejam je kan,sbb hantar anak ke kg,suruh mak bapak jaga..hep..hep.hep..jangan salah faham ,jangan berburuk sangka wokey.awal2 lagi si bujang tunggal tu dah pesan,tolonglah hantar haziq balik kg mama,pliss..plissss...hahaha..nampak cam menepu je kan.

oklah,untuk minggu pertama cuti sekolah ni,aku memilih untuk bekerja..pelikkan..maklumlah aku kesian dengan kawan2 aku semua,sian dorang kene keje dalam waktu2 cuti yang seronok ni (komen bajet caring nih geng) hakhakhak..

so.untuk minggu keduanye pulak,aku 'dipaksa' bercuti..ini arahan taw,iye...maklumlah aku memang pekerja yang tak pernah ambil cuti (ssh sngat nk demam).dalam masa seminggu ni,langsung tak ada apa2 aktiviti yang bole memberangsangkan minda aku langsung,maklumlah 'dipaksa' bercuti.

tapi kali nih cuti yang berbaloi untuk si bujang tunggal aku tu,sebelum cuti sekolah bermula seminggu yang lepas,dia diarahkan untuk menghadiri sesi latihan bola sepak dengan satu kelab bola sepak..wahhhhh..berbaloi betul dia tegar dengan sukan favouritenya nih..


nampak tu..tolong tenyeh mata tu kuat2 okey..KELAB BOLASEPAK NHK & AKADEMI CARDIFF CITY..haaa..bolehlah aku menumpang keglemeran dia.hikhikhik.tapi,tapi,tapi...yang penting FREE ok.hahha.aku sokong apa je yang diminati walaupun aku langsung tak minat bolasepak..kadang2 bila ddk termenung tu,haziq banyak terikut2 seperti ayahnye,bekas suamiku..walaupun ayahnya dah membuang haziq jauh dr hidupnya..tapi dh nama pun darah dagingnya kan,siapa kita nak menghalang.


ini baju yang dibangga2 kan oleh haziq,katanya..nombor 1 tu, untuk goal keeper.dia sangat bekerja keras untuk berada dalam pasukan bolasepak sekolahnya...aku nampak sangat kesungguhannya.aku bangga dengan dia.nampak tu,sampai tertutup2 matanya untuk menghayati kehebatan baju jersinya tu.hahahaha..


inilah wajah insan yang jadi kekuatan untuk aku.dia nampak sangat ohsem dan sangat bergaya dalam persalinan ni.ngehngehngeh..moga cuti sekolah kali ini,dpt bg dia kenangan indah.walaupun hanya sekadar latihan..tp cukup bermakna untuk budak yang gilakan bolasepak seperti dia.

aku pula,semoga dengan bercutinya aku walaupun hanya semnggu je,aku hrp kawan2 aku tak meratap kesedihan hendaknye.haruslah kalian berlagak seperti biasa ok.jangan terasa kehilanganku..cewahhhh...sesungguhnya,kalian harus tahu,aku 'dipaksa' cuti,bukan relaku..wawawawawawa.ok,apapon...happy school holidays geng!!

No comments:

Post a Comment